Kunjungan

Selasa, 6 Mei 2008

Pakaian Ahli Parlimen berharga RM1500.00

Inilah pakaian seragam Ahli Parlimen yang dinamakan pakaian istiadat berharga RM1500.00
Berikut adalah senarai harga baju parlimen terbabit:-
Baju RM 450

Seluar RM 250
Songkok RM 120
Appollette/Geogette RM 600
Butang RM 80

Jumlah satu set pakaian: RM1500.00

Jumlah wang dibelanjakan untuk membeli baju 222 ahli parlimen ialah RM 333,000.00

Lihat: Zulkifli Nordin

Sabtu, 3 Mei 2008

Igauan Pak lah

Kata Pak Lah
Rakyat jangan membazir
Tapi dia membazir tak apa
wang ratusan juta cuma buat bayar pampasan
bukan wangnya tapi wang rakyat juga

Kata Pak Lah
Rakyat perlu membantu kerajaan
ringankan beban kenaikan harga barang
Tapi dia dan kerabatnya
mengaut keuntungan hasil pengorbanan rakyat

Sampai bila?

Jumaat, 2 Mei 2008

Tan Sri Nasimuddin SM Amin meninggal


Pemilik Kumpulan Naza,Tan Sri Nasimuddin SM Amin meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles,Amerika Syarikat pagi tadi kerana menjalani rawatan kanser paru-paru di hospital itu.
Beliau adalah seorang korporat Melayu yang lahir dari DEB melalui praktikal zaman Dr. Mahathir di mana matlamatnya ialah memperbanyakkan orang melayu yang kaya.

اللهم إغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Mufti Perlis Tolak Konsert JOM HEBOH



Program Jom Heboh yang di anjurkan oleh pihak TV3 telah menimbulkan bibit-bit keruntuhan moral muda mudi hari ini. Ini disebabkan acara konsert hiburan melampau yang dibawakan oleh artis artis yang rosak akhlak yang boleh disamakan suasana dalam zoo. Hiburan yang memperbodohkan rakyat dari orang-orang yang bodoh di sokong pula oleh media telah membunuh semangat rakyat.

Dalam khutbah jumaat hari ini, Mufti Perlis juga juga mempersoalkan bentuk hiburan sebegini.
Baca : Harakahdaily

Khamis, 1 Mei 2008

Perpaduan Melayu-Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Tiba-tiba mereka yang mendabik dada
Mereka yang pernah berkata
"UMNO itu parti keramat"
Mereka yang dengan angkuhnya
mendakwa hanya UMNO yang mampu memerintah Malaysia
Mereka yang mendabik dada
terhadap pemimpin Melayu
yang bukan dari kalangan mereka
Mereka yang dulunya leka dengan kuasa
kini menyeru perpaduan Melayu

Mereka menyeru Nik Aziz
Mereka menyeru Hj. Hadi
Mereka menyeru Anwar Ibrahim
Mereka mengajak duduk bersidang
pada sebuah meja bulat
ke arah penyatuan Melayu
Ironinya...Melayu masih bersatu
Tetapi bukan lagi bersatu bersama mereka.

Aku tak percaya dengan seruan mereka
Kenapa sekarang baru gendang perpaduan dipalu
Mengapa tidak dari dulu?
Mengapa bukan sebelum PRU
Kini saat nafas menyesak dada
baru menyeru musuh bersatu

Mari bertahkim
Seruan itu senada
Tetapi niat mereka
hanya mengulang episod daumatul jandal

Telunjuk kalian lurus
tetapi kelingking berkait

Rakyat Kedah menikmatinya


Setelah membuat kuputusan memilih untuk menumbangkan kerajaan BN dan mengangkat kerajaan Pakatan rakyat yang diterajui oleh PAS dengan Ust. Azizan Abd razak sebagai menteri besarnya, kini rakyat Kedah menikmati apa yang dikata dikota oleh kerajaan baru. Cukai tanah telah diturunkan antara 25 hingga 75 peratus. Biarpun penurunan itu menyebabkan kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan kira-kira 15 juta, MB kedah yang baru mempertahankan tindakan itu dan mengatakan beberapa langkah lain boleh diambil untuk menjana pendapatan.
Baca: Kedah turun kadar bayaran cukai tanah

Ahmad Shabery yang gabra



Pada mula dahulu, Datuk Ahmad Shabery yang dilantik oleh Pak Lah sebagai Menteri Penerangan datang dengan satu rancangan baru iaitu memancarkan siaran lansung persidangan di parlimen. Baru sekali parlimen bersidang, kenyataannya sudah berbeza. Dia meletakkan alasan yang berbagai-bagai untuk mewajarkan tindakannya kelak jika siaranan langsung itu dimansukhkan. Antaranya, katanya beliau tidak mahu parlimen menjadi sarkas. Apapun yang dikatakannya, sebenarnya ketakutan dan sikap merendahkan tahap penilaian rakyat yang menyebabkan dia terumbang ambing dalam pendiriannya.






Pengarah JAIP diarah bertukar

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengeluarkan arahan bertukar serta merta dalam tempoh 24 jam kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari Selasa. Arahan itu dibuat dengan alasan Jamry tidak dapat memberikan kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS. Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) difahamkan telah diarah keluar daripada pejabatnya oleh Menteri Besar .



Namun, Utusan Malaysia menyifatkan tindakan MB Perak itu sebagai membelakangkan kuasa Sultan. Siapakah Datuk Jamry Sury jika kedudukannya sebagai Pengarah JAIP itu hendak dibandingkan dengan Almarhum Datuk Ishak Baharom sebagai mufti negeri Selangor yang dipecat oleh kerajaan BN beberapa tahun dahulu?


Kenapa waktu itu tidak timbul isu membelakangkan sultan?
Baca: Pertukaran Pengarah JAIP membelakangkan Sultan

Selasa, 29 April 2008

Isu mewajibkan istiharkan keislaman


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dalam kenyataannya hari Isnin berkata tiada nas yang mensyaratkan supaya pemakluman kepada keluarga dibuat sebelum seseorang itu memeluk agama Islam.
Kenyataan dari pihak JAKIM ini berbeza dengan kenyataan PM sebelum ini yang menghendaki supaya mengumumkan keislaman yang mana dilihat ramai sebagai arahan yang tidak bijak dan merugikan umat Islam.

Saya sudah masuk…saya tak akan keluar-Anwar


Kalau setakat sepuluh tahun kelibatnya tidak kelihatan di parlimen belum cukup untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumpuan semasa muncul majlis perasmian penggal pertama Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Selasa.Rentetan kisah-kisah politik selepas pilihanraya umum 8 Mac yang memberi nafas baru kepada pembangkang membuatkan ramai yang nak tahu apa ceritanya semasa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat di majlis itu.Ini lebih-lebih lagi dakwaannya ada sebilangan ahli parlimen Barisan Nasional nak menyeberang ke kem pembangkang dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang selewat-lewatnya September ini.Asalnya ada sedikit salah faham Isnin bila Wan Azizah mendakwa tidak menerima kad jemputan macam ahli parlimen lain yang membolehkan pasangan mereka menghadiri majlis itu.Anwar,60 tetap dengan stailnya bersahaja sepanjang berada pada majlis itu.Beliau turut menyaksikan perjalanan perasmian dari galeri awam Dewan Rakyat
Sumber: Agendadaily

Pengarah Jaip diarah bertukar oleh Menteri Besar Perak

SITIAWAN: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama. Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan diminta keluar dari pejabatnya oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengesahkan perkara itu berkata, Jamry dihubungi menerusi telefon oleh Mohammad Nizar untuk berbuat demikian tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa bagi membela dirinya.

Tidak pula diberitahu ke pejabat mana Jamry ditukarkan. Sementara itu, Jamry ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini, di Istana Kinta di Ipoh. "Setakat ini saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas mengadap Sultan petang ini," katanya. -
Bernama

EGM-tiada siapa boleh halang!


Tengku Razaleigh Hamzah mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar lepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam supaya semua bahagian parti berhenti mengadakan mesyuarat khas (EGM ) untuk membincangkan masalah parti dan menggesa pemimpin meletak jawatan.Katanya kepada para wartawan di bangunan Parlimen hari ini perlembagaan parti membenarkannya dan tiada siapa dapat menghalangnya.Menurut ahli parlimen Gua Musang itu kenyataan Presiden UMNO seumpama itu hanya akan hanya menggalakkan akar umbi menyuarakan pendapat mereka secara tidak mengikut saluran yang betul.Beliau juga berpendapat kurangnya mesyuarat dan perundingan akan hanya melemahkan parti

EGM tidak perlu-kata Pak Lah


“Lebih baik tindakan seperti ini (EGM) tidak dilakukan kerana kita pada waktu ini memahami pandangan rakyat dan faham sangat apa yang rakyat mahukan, jadi kita tumpukan pada hal yang diperlukan oleh rakyat,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Khamis, 24 April 2008

Apa kata Anwar sempena lawatannya ke Sabah


"Mereka mula gelabah" Anwar

Semalam di Sabah
Bikin penguasa gelabah
Ada konco melatah
Konon kita merasuah!

Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

Sambutan di dewan sesak, termasuk dikalangan rakyat dan profesional. Majlis disusuli dgn penerimaan ribuan ahli baru.

Sdr Ansari dan Dr Jeffrey memulakan ucapan menekankan masa depan terjamin dibawah KeADILan dan Pakatan Rakyat.

Saya menyorot kembali pengalaman Pilihanraya Umum Ke-12 yang dinodai dengan penipuan dan tipu helah. Namun kemenangan di Semenanjung cukup menakjubkan.

Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.

Maka sukar buat Ahli Parlimen menolak pelawaan kita berdasarkan tawaran yang menunjukkan kepedulian terhadap rakyat.

Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

Siapa orang ini?