Kunjungan

Jumaat, 15 Julai 2016

HANCURNYA HARAPAN

Hari ini aku menurunkan catatan persepsi politik. Dulu ada Pakatan Rakyat. Akibat adu domba oleh UMNO dan soldadunya, Pakatan Rakyat berkecai. Usaha menghancurkan Pakatan Rakyat digembeling sepenuhnya oleh kepimpinan DS Najib. Dia berjaya dan dia menunjukkan keunggulan politiknya. Kemudian, nampaknya pemimpin pembangkang cuba bangun bertatih bangkit kembali dan tubuhkan pula Pakatan Harapan. Ia satu yang lebih longgar dan samar daripada kewujudan Pakatan Rakyat. 

Kemudian Tun Dr. Mahathir tampil menawarkan satu bentuk pakatan pembangkang yang lebih utuh. Nampaknya Pakatan Harapan akan berkubur. Para pembangkang belum cukup licik berpolitik. Aku melihat pemimpin UMNO memang licik. Ketika mood rakyat marahkan UMNO dan kepimpinannya, yang mendominasi penentangan terhadap UMNO dan kepimpinannya juga adalah bekas-bekas pemimpin UMNO yang belajar dan mengasah bakat dalam UMNO.

Pakatan Rakyat berkubur kerana permainan UMNO. Pakatan Harapan sekerat jalan kerana mainan bekas pemimpin UMNO yang terbuang. 

Harapan masih jauh.

Khamis, 17 Mac 2016

PAS-IKATAN AKAN JADI PEMBANGKANG YANG TIDAK EKSTREM


Ternyata selama ini kehadiran Pas di persada politik bersifat ekstrem. Dengan pembentukan gabungan baru ini, Pas akan tampil dengan pendekatan baru yang lebih moderate. Kendati, ketika Pas bersama Pakatan Rakyat, perjuangannya masih bersifat ekstrem. Hanya setelah bersama IKATAN membentuk gabungan pembangkang yang baru, Pas menempa sejarah dalam perjuangannya dengan pendekatan baru yang non-ekstrem.