Kunjungan

Khamis, 27 Oktober 2022

DASHBOARD SPR

 https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/home

Selasa, 11 Mei 2021

MULHID SIBER

 Jangan jadi mulhid

yang tidak bertuhankan Tuhan

hanya bertuankan hawa amarah

merasa diri benar

orang lain semua khilaf

itulah sang mulhid Siber

Ahad, 25 April 2021

Tajassus adalah jenayah yang perlu dihukum

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hasan Karim berkata sekiranya klip audio Ahmad Zahid dan Anwar itu tulen, bukanlah kedua-dua mereka yang perlu disiasat sebaliknya pihak yang berbuat jenayah dan wajib disiasat ialah orang yang melakukan pengintipan percakapan telefon berkenaan.

Benar, yang bersalah adalah pihak yang melakukan tajassus. Tajassus adalah jenayah yang perlu dihukumkan dengan hukuman ta'zir. Ini kerana tajassus melanggar privasi seseorang. Jika jenayah ini diabaikan serta didiamkan, banyaklah maruah orang akan tercemar. Sedangkan antara daruriyyat yang ditekankan dalam agama adalah menjaga maruah seseorang.

Di kalangan mereka yang membutakan mata daripada melihat kesalahan sebenar, mengalihkan perhatian kepada sesuati yang masih berbaur fitnah. 

Rabu, 21 April 2021

LESEN ABSTRAKSI AIR

Pengurusan sumber air terletak di bawah bidangkuasa negeri. Untruk itu ada undang-undang yang menuntut lesen bagu tujuan menggali sumber air. Ini bermakna kerja-kerja penggalian telaga atau boring tidak boleh dibuat sesuka hati. Namun, perlu dijelaskan , undang-undang menuntut Lesen Abstraksi Air ini dikuatkuasakan untuk tujuanh komersial dan tidak kepada tujuan domestik.

Apa yang tular mengenai tindakan Jabatan Air Kelantan yang mengambil tindakan saman ke atas premis kerana menggali telaga borong tanpa Lesen Abtraksi Air adalah kes di premis komersial. Itulah jawapan yang dinyatakan oleh Pemuda Ikatan Bangsa (IKATAN).


Serang kerajaan Kelantan isu air, pembangkang tiada modal – Ikatan

PEMUDA Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) membidas pembangkang yang terus menggunakan isu berkaitan air untuk memburukkan kerajaan Kelantan.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata pembangkang seperti kehilangan modal politik dan mencari helah untuk menyerang kerajaan Kelantan.

Sebaliknya beliau berkata usaha murni kerajaan Kelantan perlu diteruskan tanpa diganggu-gugat suara-suara sumbang pembangkang yang kehabisan modal untuk mendendangkan isu air.

“Isu air di Kelantan terus didendangkan oleh sesetengah pihak, bertujuan untuk memburukkan nama kerajaan negeri Kelantan. Selesai isu air di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), kini isu gali perigi atau “boring” dimainkan pula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shahir berkata demikian susulan timbul khabar angin berkaitan penggunaan tanpa lesen ‘boring’ boleh dikenakan denda RM3,000.

“Berlegar-legar surat “Arahan Pematuhan kepada Seksyen 12 Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019” dengan beberapa komen tidak betul berkenaan kerajaan Kelantan,” katanya.

Menurut Shahir, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, sumber air diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri perlu memastikan sumber air mencukupi untuk tujuan bekalan air, pertanian, perindustrian komersil, dan alam sekitar.

“Atas dasar tanggungjawab ini, maka Kerajaan Kelantan mengeluarkan arahan pematuhan kepada Seksyen 12, bertujuan untuk melindungi sumber air untuk rakyat.

“Enakmen ini tidak terpakai kepada rakyat Kelantan untuk tujuan menggali perigi bagi penggunaan domestik atau kegunaan sendiri, iaitu pengeluaran air kurang daripada 2,500 liter sehari.

“Maka, sesiapa pun di Kelantan tidak perlu mendapatkan lesen jika untuk kegunaan domestik. Tujuan sebenar lesen kepada Enakmen Sumber Air adalah untuk mengawal kegiatan komersial agar syarikat besar atau kilang tidak memanipulasi sumber air Kelantan bagi keuntungan sendiri,” katanya.

Terdahulu tular satu surat daripada Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan yang mengarahkan salah seorang pemilik premis agar mematuhi peraturan Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019.

Dalam surat tersebut yang tidak dinyatakan tarikh dan nama pemilik premis berkenaan, pihak Jabatan Sumber Air memaklumkan telah mengadakan pemeriksaan ke atas premis terbabit dan mendapati ia tidak memohon lesen Abstraksi Air Tanah sepanjang sepanjang menggunakan air tanah sebagai sumber air operasi di premisnya.

Justeru menurut surat terbabit yang ditandatangani Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Sumber Air Kelantan Wan Asma Suhana Wahida Wan Deraman pemilik premis terbabit dikehendaki mengambil tindakan dalam masa tujuh hari dari tarikh surat tersebut bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang. – Malaysiapost


Rabu, 14 Oktober 2020

MISTERI SENI POLITIK

 

Selepas  kejadian DS Anwar Ibrahim mengadap YDPA siangnya, UMNO bermesyuarat pada malamnya dan membuat keputusan tersebut di atas.  Sepatutnya mesyuarat itu juga menyebutkan keputusan tidak menyokong DS Anwar Ibrahim, namun ia tidak  ada. Apa yang dinyatakan ialah kemungkinan untuk keluar daripada PN. Dengan kata lain, akan tidak lagi menyokong TS Muhyiddin Yasin.  Jika tidak menyokong Mahyuddin , siapa pula mahu disokong sebagai PM. Perkara itu disembunyikan, tidak dijelaskan kepada khalayak.


Kedudukan TS Muhyiddin sebagai PM semakin getir dan terasak. Kebijakan dan seni politiknyalah yang menyelamatkannya. Namun, atas semuanya,  adalah kehendak Allah swt.

Apa. yang dipercayai sebahagian orang, Anwar Ibrahim sedang bermain politik aras tinggi yang tidak mudah difahami kebanyakan orang. Professor Politik di universiti pun kelihatan gelabah dan gagal membuat penilaian yang meyakinkan.

Beberapa hari atau bulan lagi, orang akan tahu beerapa hasil daripada langkah permainan seni politik ini. Baik kita catat sebagai pelajaran dalam hidup.

Namun, bagi para dunggu politik yang hanya membuat interpretasi secara aatas permukaan, mereka akan menyimpulkan secara mudah bahawa DS Anwar berbohong, gagal dan terkena "game". Sedang membuat 'game' atau sedang di'game'kan hanya akan diketahui pada episod-episod terakhir. Kita tonton sampai habis cerita.

 

Ahad, 2 Ogos 2020

Jarh wa Ta'dil -Database Katak Sabah

Tindakan melompat parti telah menyebabkan nama-nama YB Sabah tertentu telah direkodkan. Sekali buat salah dalam langkah politik, ia akan tercatat dalam ingatan.

Sabtu, 27 Jun 2020

Psiko Dalam Politik





Komen:

Ini semua adalah Psiko politik. Sana sini ornag keluar parti. Ada pula laporan sini sana orang daftar ahli baru. Permainan politik memang begitu. Membina persepsi adalah modal terbesar dalam membentuk wajah parti politik. Sebenarnya ia lebih kepada kebohongan.  Bagi yang berfikiran rasional, bukan sebang seorang pemimpin kecil hendak memimpin 1000 orang keluar parti. Kalau 10 orang ada kemunasabahannya. Kalau pemimpin besar, mungkin boleh diterima.

Begitulah juga laporan-laporan mengenai 100 orang masuk ahli. 30 cawangan baru dibuka. Macam-macam lagi berita politik yang tampil cuba mewajahkan persepsi politik. Tak usah percaya. Itu semua mainan.

UNDI PERCAYA BOLEH JADI UNDI TAK PERCAYA




Usul Undi Percaya yang bakal dikemukakan oleh Pas itu boleh menjadi undi tak percaya. Apabila ia dibentangkan di Dewan Rakyat nanti apabila persidangan bermula 13 Julai nanti, tiba-tiba tidak cukup undinya, maka ketika Undi Percaya pun bertukar menjadi Undi Tidak Percaya.

Bak kata orang bijak pandai, padi yang ditabur, lalang yang tumbuh.

Adalah lebih baik, pendokong kerajaan PN pimpinan Mahyuddin jangan buat undi percaya. Biarkan Undi Tidak Ppercaya dibawa oleh PH Plus. Nanti PH Plus yang perlu berpenat lelah dan berakcaran sampai tenaga terkuras.

Dengan hasrat Pas itu, PH tersengeh dan goyang kaki. Hari Bersidang nanti PH nanti dan tengok Vukup ke tidak undi percaya yang Pas bawakan itu? Kalau tidak cukup, sokongan yang diharap, malu yang dapat.


Isnin, 22 Jun 2020

PKR menolak Tun M jadi PM sekali lagi.

Ada bekas menteri PH yang nampak desperado dan mahu segera kembali berada pada posisi sebelumnya. Mujahid, Khalid Samad dan Anthony Lok mendesak agar Anwar menyetujui opsyen Tun Mahathir sebagai PM dan Anwar sebagai TPM. Opsyen ini ditolak oleh PKR. PKR stick dengan keputusannya untuk Anwar Ibrahim sebagai PM. Jika tidak, tidak perlu menumbangkan kerajaan PN.

Mendengar ulasan-ulasan pemikir PKR, jelaslah bahawa mereka hilang kepercayaan kepada Tun M.


Ahad, 14 Jun 2020

Muhyiddin perlu kembali kepada UMNO untuk mengelak perebutan kerusi dalam PRU15




Jalan politik yang sukar berada di depan TSMY.

Ahad, 16 Disember 2018

POLITIK BUKAN HUKUM MATEMATIK


Seminggu dua ini, heboh pasal AP dan ADUN UMNo melompat keluar daripada UMNO. Kalangan mereka ada yang masuk parti PH dan ada yang masih berdiri sebagai bebas. Namun, dijangka akhirnya akan masuk ke dalam parti PH. Rakyat dan pemerhati banyak yang mengutuk pendekatan itu dan mereka digelar sebagai katak-katak politik,.

Pro dan kontra. Sebagai rakyat yang bukan berkecimpung dalam politik, kita memerhati. Ada rasa tidka puas hati dan ada rasa meluat. Namun, itulah politik dan politik bukan mengikut fomula matematik. Dalam politik, 2 +2 bukannya 4. Ia boleh jadi 8 atau 1. Boleh jadi macam-macam.

Politik tiada sekema jawapan.

Isnin, 26 November 2018

Presiden Sri Langka

Presiden Sri Langka sekarang:






Maithripala Sirisena

Selasa, 24 April 2018

Fuad Zarkashi bernasib malang

Dengar khabar Fuad Zarkashi tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding dalam PRU kali ini. INi menyebabkan beliau marah dan meletakkan jawatan sebagai ketua pengarah JASA. Jasa , sebuah alat propaganda kerajaan dan Fuad sebagai seorang propagandis. nampaknya dia telah menjadi mangsa dan permainan politik dalam UMNO. Ketika dia dibuang sebagai sampah, baru dia melenting, ini hanyalah isu kecil dan peribadi. Tidak perlu menaruh simpati.

bahkan, itulah karma lantaran tidka mengenang jasa orang yang pernah berjasa kepadanya. Tun Mahathir yang dodondang sayang satu masa dulu, kini dicela dan dicemuh. Nah...sekarang rasakan bagaimana terhinanya dipermainkan dna tidak dihargai.

It5u cuma perkara kecil. Tidak terpilih sebagai calon, hanya seperti masalah gigitan pijat. Usah melenting.

Selasa, 5 September 2017

Amanat Mahathir

Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia

Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang

Pada mata tuaku
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok

Semuanya
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa

Pada senja hayatku
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya

Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita setelah dia tiada lagi bernafas

Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus
Untuk dibayar oleh rakyat

Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka yang tiada lagi nilai dan hormat diri

Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama

Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam
Dengan tangan kotor
Dan harganya dibayar
Oleh cucu dan cicit kita

Jumaat, 15 Julai 2016

HANCURNYA HARAPAN

Hari ini aku menurunkan catatan persepsi politik. Dulu ada Pakatan Rakyat. Akibat adu domba oleh UMNO dan soldadunya, Pakatan Rakyat berkecai. Usaha menghancurkan Pakatan Rakyat digembeling sepenuhnya oleh kepimpinan DS Najib. Dia berjaya dan dia menunjukkan keunggulan politiknya. Kemudian, nampaknya pemimpin pembangkang cuba bangun bertatih bangkit kembali dan tubuhkan pula Pakatan Harapan. Ia satu yang lebih longgar dan samar daripada kewujudan Pakatan Rakyat. 

Kemudian Tun Dr. Mahathir tampil menawarkan satu bentuk pakatan pembangkang yang lebih utuh. Nampaknya Pakatan Harapan akan berkubur. Para pembangkang belum cukup licik berpolitik. Aku melihat pemimpin UMNO memang licik. Ketika mood rakyat marahkan UMNO dan kepimpinannya, yang mendominasi penentangan terhadap UMNO dan kepimpinannya juga adalah bekas-bekas pemimpin UMNO yang belajar dan mengasah bakat dalam UMNO.

Pakatan Rakyat berkubur kerana permainan UMNO. Pakatan Harapan sekerat jalan kerana mainan bekas pemimpin UMNO yang terbuang. 

Harapan masih jauh.